Love others because of Allah S.W.T

Wednesday, 16 January 2013

kecantikan itu perlu .

Assalamualaikum


: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
kita sering melihat ramai akhwat ( akhwat = merujuk kepada wanita muslimah yang mungkin secara penampilannya lebih jelas mengikuti aturan syariat. Contohnya betudung labuh), kurang memberikan perhatian dan mengambil berat tentang penampilan diri. Tampil cantik dan rapi dianggap sebagai sesuatu perkara yang dianggap terlarang. Lantaran kekeliruan yang dialami, mereka tampil dengan tidak sewajarnya  dan menyebabkan orang sekeliling memandang sinis kepada mereka. 
Mereka tidak langsung untuk cuba menghias diri mereka walaupun secara minimum. Yang saya maksudkan secara minimum itu adalah berhias secara tidak berlebihan. Cukuplah seseorang muslimah itu tampil dengan wajah yang segar, normal, tidak berminyak,  tidak layu sayu atau kelihatan murung seperti dilanda kesedihan yang mendalam.
Seseorang muslimah sepatutnya menampilkan wajah yang ceria dan selalu berseri – seri. Wajah yang tenang dan tidak kelihatan seperti berada didalam kesusahan dan kesempitan. Kategori minimum juga termasuk tidak membiarkan tubuh mengeluarkan bau tidak enak, sehingga menggangu orang sekeliling. Tudung juga tidak sepatutnya dibiarkan berkedut seribu, lusuh dan tidak rapi dan dipakai secara berulang – ulang tanpa dibasuh. Jadi macam mana orang lain boleh menerima kita jika penampilan kita comot dan berbau busuk kan? 
Sebenarnya kita hanya keliru. Berhias adalah dibenarkan, tetapi hendaklah tidak sampai kepada hiasan yang tabarruj. Berlebihan dalam berdandan, menampakkan bentuk sanggul, dan bermekap secara berlebihan.
Ramai juga muslimah yang silap faham bahawa memakai minyak wangi adalah dilarang. Memakai wangi-wangian adalah dibolehkan untuk menutup bau badan, tetapi tidak boleh berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian orang di sekitar kita. ( Tapi lain pula untuk yang berada dirumah bersama suami, digalakkan untuk memakai wangian untuk menyenangkan suami) 


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/muslimah-solehah-cantik/#ixzz2I89vpq9a




No comments: