Love others because of Allah S.W.T

Friday 15 November 2013

Tips untuk berubah .

Assalamualaikum


Alhamdulillah, masih bisa berdiri di atas muka bumi ini . 

hari ni , saya nak kongsikan sikit tips2 untuk berubah ke arah lebih baik yg diambil dari sebuah blog .

pengisiannya amatlah bagus , sesuai untuk mereka yg sedang menuju ke arah hidayah Allah . yg ingin memperbaiki diri dari hari ke hari menjadi seorang yg jauh lebih baik, yg patuh dgn ajaran Allah .
 insyaaAllah , niat yg baik akan sentiasa dilihat Allah , sentiasa akan ada jalannya . 


sama2 kita renung2kan, dan selamat beramal ! 

semoga hari esok lebih baik dari semalam . 



Saya hanya mampu berikan tips, dan ianya berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya sendiri. Semua ini hanya menjadi teori semata-mata selagi mana ia tidak diamalkan. Dan saya yakin, tidak semua orang mampu melakukan, tetapi lakukan apa yang mampu agar kita tidak menangis di akhirat kelak.

1.  Walau apa pun jua perkara, niat itu penting. Kerana ia permulaan sesuatu amal. Ibarat kunci kepada sesuatu kenderaan. Pasang niat kerana Allah semata-mata.

2. Niat sahaja tidak cukup, tetapi pasang matlamat atau target yang membakar tetapi munasabah. Sebagai contoh, dari yang tidak bertudung ingin bertudung. Pasang matlamat, mulai esok akan pakai tudung sampai bila-bila. Tidak mahu “on-off” lagi. Tetapi “one-off” terus.

3. Buang tanggapan atau prasangkan negatif terhadap diri. Contohnya, buang perasaan “aku tak mampu”, “aku tak layak”, “aku tak kuat”, dan sebagainya. Yakinlah, Islam diturunkan untuk semua manusia, dan selayaknya semua manusia mampu mengamalkan Islam. Bukankah Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya?

4. Buang perasaan negatif terhadap semua perkara di sekeliling. Contohnya, “kalau aku berubah, mesti ramai kutuk aku”, “kalau aku berubah, nanti tiada siapa nak kawan dengan aku”, “kalau aku berubah, nanti ramai unfriend dengan aku” dan sebagainya. Setiap kata-kata itu doa, adakah kita nak perkara itu semua berlaku? Kalau tak mahu, tak perlu fikir. Kita buat perkara baik, bukan nak merompak.

5. Awal-awal lagi, persiapkan diri dengan perisai “kalis maki”, “kalis caci” dan “kalis dibenci”. Kerana apa? Kerana kemungkinan besar semua ini akan berlaku selepas kita berubah menjadi baik. Maka, kena kuatkan kesabaran untuk bersabar.

6. Ini yang penting, lakukan langkah demi langkah, jangan tergopoh gapah! Contohnya, kalau sebelum ini tak pernah solat, mulakan solat bersendirian di bilik 5 waktu. Tetapi kalau mampu, solatlah berjemaah di surau atau masjid.

7. Tekad! Jangan tangguh-tangguh lagi dengan alasan, “belum sampai seru”,  “aku belum bersedia lagi”, dan sebagainya. Kematian tidak menunggu kita, kita tak mampu mengubahnya. Tetapi kita mampu mengubah diri kita. Siapa mampu jamin boleh hidup sampai esok?

8. Laksanakan sesuatu perubahan itu istiqomah dalam tempoh masa kurang lebih 40 hari. Insya Allah, biasanya sesuatu tabiat baru dapat dibentuk dalam jangka masa tersebut.

9. Anda dah bersedia untuk berubah? Maka saya cadangkan, kita pergi ambil wudu’, kemudian buat solat sunat taubat dua rakaat. Pastikan solat pada waktu yang dibenarkan!

10. Akhir sekali, selepas solat, dan setiap kali selepas solat fardhu, banyaklah istighfar dan berdoa serta bertawakal agar Allah menetapkan hati kita untuk kekal sampai jadi mayat. 


“Wahai Tuhan pemilik hati-hati manusia, janganlah Kau memperbolak balikkan hati-hati kami setelah Kau memberi hidayah kepada kami..”

5 comments:

licha said...

nice sharing.. follow sini ye dear :)

Emas Putih said...

haii. best la lagu ni. hehe enjoy seketika.. sambil tu sy follow sini http://www.kisahemasputih.com/ :)

Syahadah_Li said...

nice info dear
http://syahadah91.blogspot.com/
done following u...btw ap lgu background ni??

Miss D said...

thanks . done following .
west life - what i want is what i get . :)

Syahirah said...

good job dear.. sharing something that can give benefit to other..